22 NOVEMBER
Bismillah....
Assalamualaikum...
Kalau orang tanya, aku tak tahu nak jawab apa.
Mungkin sesetengah memahami melalui aspek lain dan mungkin sesetengah lagi melalui pemikiran yang lain tentang kalau orang tanya, aku tak tahu nak jawab apa..
Mungkin apa yang kau rasa tidak sama dengan aku rasa. Aku mencintaimu dengan seluruh jiwa dan ragaku. Tiada sedikit pembohongan dalam cintaku padamu. Tetapi, sekarang sudah berubah. Tiada lagi ketawa. Tiada lagi rindu. Tiada lagi kasih. Tiada lagi cinta. Tiada dan tiada segalanya. Kini, semuanya hancur berkecai kerana kebodohanku. Kebodohanku yang amatlah dibenci oleh semua pasangan masing-masing jika berada di tempatku. Sudah dua kali dia memberi peluang kepada tapi aku ego. Aku fikir dia akan bertahan dan bersabar denganku lagi kerana dia mencintaku..
Tapi, anggapan aku itu salah. Hatinya sudah tertutup. Hati sudah menjadi batu buat insan bodoh sepertiku ini. Semuanya sudah berubah sekarang. Sudah berubah. Nasi sudah menjadi bubur. Kaki telah tersadung. Tubuh sudah rebah.
Dia sekarang sudah tidak dapat menerimaku. Tidak dapat mencintaiku kembali. Kurayu kumohon kupinta kunangis. Semua itu tidak memberi makna kepadanya. Memang patut dia buat begitu. Itu kerana kebodohanku. Aku tidak menyalahkan dia. Aku salahkan diri aku kerana aku memang bersalah dalam hubungan ini. Aku curangi dia. Aku khianatinya yang mencintaiku, yang bersabar denganku, bertahan dengan aku. Aku bodoh kerana tidak memanfaatkannya.
Penyesalanku sudah tiada berguna. Dia sudah tidak dapat menerimaku. Puas kupujuk puas kurayu puas kuberlembut. Dia tetap sudah tidak dapat menerimaku. Dia terlalu banyak kecewa. Terlalu banyak menahan duka. Aku yang selalu menyakitinya. Aku yang selalu buat hal. Bodohkan aku? Memang bodoh sekali.
Saat dia mencintaku, aku yang khianatinya. Kini, saat kusesali perbuatanku, aku ingin kembali padanya tetapi, dia sudah tidak dapat menerimaku. Hatinya sudah terkunci. Tiada berlembut. Tiada senyuman. Benar sekali dia sudah tidak perlukan aku. Dia tidak perlukan aku menjadi si penghiburnya. Mungkin dia sudah temukan yang lain. Jujur aku cemburu dan marah tetapi aku yang buat dia jadi begitu. Apalah hak aku apalah dayaku untuk melarang dia. Aku tidak salahkannya jika mencari perempuan lain kerana hatinya sudah tertutup untukku. Dia sudah bebas untuk buat apa yang dia suka dan ingin.
Sekarang kami sudah tidak bersama. Aku sangat rindukan dia. Aku sangat inginkan dia memelukku, menciumku tetapi itu hanyalah khayalanku. Aku tahu semua itu tidak mungkin akan terjadi selepas ini. Dia sudah membawa diri. Aku juga ingin membawa diri tetapi semakin aku cuba semakin aku tidak boleh terus. Semakin aku teringatkannya. Semakin membuak rindu ini. Hatiku masih inginkannya. Aku tidak boleh mencari yang lain. Aku mencintanya. Aku menyayanginya.
Ramai yang tahu hubungan kami dab ramai yang inginkan kami bahagia selama-lamanya. Tapi, jika ada yang tanya, apa yang aku hendak jawab?? Aku tahu ramai yang akan kecewa dengan perpisahan kami. Ramai yang tidak menyangka kerana selama ini kami pandai menyembunyikan masalah kami. Semua fikir kami sangat bahagia. Ternyata semua inginkan kami bahagia bersama..
Oleh kerana kebodohanku, ia memakan diriku. Segalanya sudah terlambat. Aku tidak malu terhegeh-hegeh. Juga tidak segan mengajaknya menjadi pasanganku semula. Namun dia tetap dengan keputusannya. Dia sudah tidak dapat menerimaku. Dia sudah tidak lagi inginkanku. Sudah terlambat! Sudah terlambat!!!
Aku khilaf dalam hidupku. Aku alpa dengan kehidupanku. Aku lalai. Aku ego. Aku sombong. Aku bodoh! Aku punca ini terjadi.
Dia hindarkan diri dariku. Dia tidak sms aku. Pun tidak call aku. Aku tidak kuat dan aku hanya boleh menangis. Menangis kerana menyesali kebodohanku..
Aku akan tetap menunggunya. Aku akan tarik dia kembali dalam hidupku, insyaAllah. Aku akan pujuk dia menerimaku balik. Dan yang pasti aku akan menunggunya kecuali dia sudah menjadi milik orang lain yang sah!!!!
Satu nasihat saya... DOA :)
BalasPadamAminnn hehe
BalasPadam