24 NOVEMBER
Bismillah...
Assalamualaikum...
Curang dibalas curang jadi, siapa yang harus dipersalahkan? Siapa yang harus meminta maaf? Siapa yang ingin mengalah? Atau sekadar membiarkan semua ini berlalu bagai angin yang menerbangkan lalang seterusnya lalang itu jatuh ke tempat lain? Semudah itulah untuk tamatkan percintaan yang dibina bertahun-tahun? Semudah itukah untuk pergi kepada yang lain sedangkan baru mengenali antara satu sama lain? Semudah itukah untuk menghapuskan perasaan yang bertahun-tahun dibina? Jika saling menyayangi, mengapa ada istilah CURANG? Entahlah. Semua berlaku sekelip mata. Hendak diputar tidak boleh. Maka teruskan jua hidup ini. Diteruskan dengan harapan dapat kembalikan dia yang dulu dan aku yang dulu. Yang pernah ketawa bersama. Makan bersama. Bahagia bersama. Keluar bersama. Harungi dugaan bersama. Dan pokoknya semua bersama. Dan kami sangat bahagia dahulu. Dua-dua bersalah.
Bagaimana hendak perbaiki hubungan ini? Bagaimana?? Hati ini tertanya-tanya bagaimana hendak menambat hatinya. Sesungguhnya aku masih memerlukan dia. Aku inginkan dia yang dulu. Yang selalu prihatin dengan keadaanku. Apakah bisa? YaAllah, ingin sekali bersama dengannya. Buat apa-apa bersama dengannya. Terasa sangat bahagia. Benarlah cinta itu kuat ujiannya. Semakin mencintai seseorang semakin bertambah dugaannya. Bersabarlah dan terus bersabar.
Aku masih cintakan dia. Namun aku tahu aku yang memulakannya. Aku telah menyesali ini semua. Aku minta supaya dia tidak berhubung dengan perempuan itu. Dia mengiakannya. Aku sangat takut kalau itu hanya alasan untuk aku mempercayainya. Aku takut dia yang akan mencari perempuan itu. Harap Allah makbulkan permintaanku supaya dia tidak mencari perempuan itu lagi. Aku ingin mempercayainya lagi. Tapi, aku tidak tahu apa yang dia buat dibelakangku. Pedih sekali hati ini bila aku inginkan semula membina cinta ini, dia seolah-olah tidak rela aku menyekat dia dengan perempuan itu. Apakah maksudnya? Maksudnya dia inginkan perempuan itu dan tidak boleh melupakan perempuan itu. Habis aku? Aku mencintainya! Apa yang perlu aku lakukan? Melepaskannya? Tidak! Aku tidak rela. Cintaku kepadanya amat mendalam. Bukan senang aku ingin lepaskan dia. Bukan senang.. Tapi, bagaimana dengan dia? Dia mungkin sudah tidak mencintaiku. Alasannya dia inginkan perempuan itu. Ingin sekali bertemu dengan perempuan itu. Apa yang perlu aku lakukan? Aku tidak sanggup mendengar ucapannya bahawa dia sudah tidak lagi mencintaiku dan aku tidak ingin dengar bahawa dia mencintai orang lain. Besarnya ujian ini. Teramat sukar untuk pertahankan sebuah hubungan ini yang aku harapkan hingga ke akhir hayatku. Apakah ini petanda dia bukan jodohku? Apakah yang perlu aku lakukan? Tidak sanggup rasanya hidup tanpa dia disisi.
Bodohkah aku jika aku bergaduh dengan perempuan lain kernanya? Adakah ini bermakna aku pentingkan diri sendiri? Dan aku seorang yang terhegeh-hegeh dalam meraih cintanya. Malunya aku. Tapi, aku terlalu mencintainya. Tiga tahun aku memendam rasa cinta kepadanya dan setelah aku mendapatkannya, takkan aku nak lepaskan dia begitu saja? Walau ternyata aku punca segalanya. Keluar dengan lelaki lain adakah itu tidak menyakitkan hati sang kekasih? Maafkan aku sayang. Tapi, aku memberitahumu. Aku jujur dalam setiap lakuku. Tapi, kamu tidak! Kamu bersayang-sayang dengan perempuan lain. BerSMS setiap hari on call setiap malam. YaAllah...
Aku bukan seorang yang egois tetapi aku inginnya. Aku rela meninggalkan kawan-kawanku kerananya. Aku ikhlas lakukan itu semua. Apakah aku perlu lepasnya jika ternyata dia semenangnya tidak sudi bersamaku? Adakah aku akan senyum jika dia bersama yang lain? Aku tidak mahu mengalirkan air mata perpisahan, air mata kehancuran hubungan ini. Aku tidak dapat membayangkan jika itu terjadi. Bagaimana nanti aku hendak terima kenyataan? Ibarat seperti menelan kaca. Bukan setakat sakit tapi perit sekali beserta dengan luka-luka darah melihatnya senyum dengan orang lain. Mungkin ada yang kata lepaskan jika bahagia. Cinta tidak seharusnya memiliki. Tapi, perit untuk aku menghadapinya. Kumbang bukan seekor. Tapi kumbang itu yang aku mahu.
Cinta itu sememangnya buta. Kerana cinta ada yang sanggup membunuh diri. Kerana cinta jua ada yang sanggup berdendam. Dan cinta juga menyebabkan satu tekanan yang kuat bagai terpaksa meletakkan batu besar diatas kepala dan berjalan dengan batu itu selama-lamanya. Bukankah itu sangat memberi tekanan dan aplikasi kepada kita?
Adakah aku tidak cukup bagus untukmu sayang. Kamu baru saja mengenalinya. Aku sudah lama mengenalimu. Aku yang ada saat kamu susah, senang, sedih, kecewa dan sebagainya. Aku ada saat itu semua. Aku sudah biasa.
Masihkan kamu inginkan perempuan itu?? Jujurlah dalam setiap perbuatanmu. Ingatlah sayang, perempuan seorang yang mudah cair akan kata-kata manis lelaki. Dan aku tahu sekarang dia juga sedang menyayangimu sepertimana perasaanku menyatakan kamu menyayanginya walau kamu nafikannya. Aku tahu bagaimana kalau kamu menipuku. Aku dapat rasakan. Jadi, apa yang harus aku lakukan? Adakah kamu ingin aku melepaskanmu? Doaku setiap hari jika kamu bukan jodohku maka aku meminta supaya hilangkan perasaan ini tetapi aku tidak boleh hilangkan walau sebesar kuman. Bagitahulah aku apa yang harus aku lakukan..
xoxo : cik PELANGI283


Hendaklah salahkan siapa jika berada ditempat itu? Kalau bertepuk sebelah tangan takkan lah mesej akan dibalas oleh kedua-duanya. Hihi sekadar nukilan biasa jer. Tiada kene mengena dengan kehidupan. Mungkin sesetengah pernah merasakannya bukan ataupun pernah berasa dalam situasi yang benar-benar serabut ni. Hehehe
BalasPadam