Isnin, 25 November 2013

aku



25 NOVEMBER

Bismillah...
Assalamualaikum...




Hai, selamat berkenalan. Nama aku Lin tapi ingin menggedikkan diri ni dengan nickname cik PELANGI283. Kenapa guna nama cik PELANGI283? Saje je tetibe je rase nak buat name tu. InsyaAllah tidak salah dan tidak sama macam orang lain. Kalo sama, maaflah..



Nilahh cik PELANGI283



Hai (:


Okeh...
Aku sorang yang agak suke berkhayal. So, tak salah kalo aku nak koya koya kat dalam belogg ni. Harap takde yang nyampah.. Aminn...
Korang boleh panggil Lin. Umo aku 18 baru. Muda lagi. Hihikk sekarang ni tengah belajar dekat negeri aku sendiri, Terengganu. So sape orang ganu? Kite ni gengg. Hihikk 
Sekarang dah masuk semester dua dan insyaAllah bulan lime tahun depan aku habis asasi aku. Then, sambung degree insyaAllah.. Pelajaran kan penting even malas malas je nak belajar. Hahaha ilek ilek.. Dugaan ~




Hmm...
Ape lagi erk?
Rase dah takde ape kot..
Hihikkk 
Okeyy laaa 
Jaga diri




xoxo : cik PELANGI283

Ahad, 24 November 2013

curang



24 NOVEMBER


Bismillah...
Assalamualaikum...



Sakitkan hati ni??


Curang dibalas curang  jadi, siapa yang harus dipersalahkan? Siapa yang harus meminta maaf? Siapa yang ingin mengalah? Atau sekadar membiarkan semua ini berlalu bagai angin yang menerbangkan lalang seterusnya lalang itu jatuh ke tempat lain? Semudah itulah untuk tamatkan percintaan yang dibina bertahun-tahun? Semudah itukah untuk pergi kepada yang lain sedangkan baru mengenali antara satu sama lain? Semudah itukah untuk menghapuskan perasaan yang bertahun-tahun dibina? Jika saling menyayangi, mengapa ada istilah CURANG? Entahlah. Semua berlaku sekelip mata. Hendak diputar tidak boleh. Maka teruskan jua hidup ini. Diteruskan dengan harapan dapat kembalikan dia yang dulu dan aku yang dulu. Yang pernah ketawa bersama. Makan bersama. Bahagia bersama. Keluar bersama. Harungi dugaan bersama. Dan pokoknya semua bersama. Dan kami sangat bahagia dahulu. Dua-dua bersalah.




Bagaimana hendak perbaiki hubungan ini? Bagaimana?? Hati ini tertanya-tanya bagaimana hendak menambat hatinya. Sesungguhnya aku masih memerlukan dia. Aku inginkan dia yang dulu. Yang selalu prihatin dengan keadaanku. Apakah bisa? YaAllah, ingin sekali bersama dengannya. Buat apa-apa bersama dengannya. Terasa sangat bahagia. Benarlah cinta itu kuat ujiannya. Semakin mencintai seseorang semakin bertambah dugaannya. Bersabarlah dan terus bersabar. 




Aku masih cintakan dia. Namun aku tahu aku yang memulakannya. Aku telah menyesali ini semua. Aku minta supaya dia tidak berhubung dengan perempuan itu. Dia mengiakannya. Aku sangat takut kalau itu hanya alasan untuk aku mempercayainya. Aku takut dia yang akan mencari perempuan itu. Harap Allah makbulkan permintaanku supaya dia tidak mencari perempuan itu lagi. Aku ingin mempercayainya lagi. Tapi, aku tidak tahu apa yang dia buat dibelakangku. Pedih sekali hati ini bila aku inginkan semula membina cinta ini, dia seolah-olah tidak rela aku menyekat dia dengan perempuan itu. Apakah maksudnya? Maksudnya dia inginkan perempuan itu dan tidak boleh melupakan perempuan itu. Habis aku? Aku mencintainya! Apa yang perlu aku lakukan? Melepaskannya? Tidak! Aku tidak rela. Cintaku kepadanya amat mendalam. Bukan senang aku ingin lepaskan dia. Bukan senang.. Tapi, bagaimana dengan dia? Dia mungkin sudah tidak mencintaiku. Alasannya dia inginkan perempuan itu. Ingin sekali bertemu dengan perempuan itu. Apa yang perlu aku lakukan? Aku tidak sanggup mendengar ucapannya bahawa dia sudah tidak lagi mencintaiku dan aku tidak ingin dengar bahawa dia mencintai orang lain. Besarnya ujian ini. Teramat sukar untuk pertahankan sebuah hubungan ini yang aku harapkan hingga ke akhir hayatku. Apakah ini petanda dia bukan jodohku? Apakah yang perlu aku lakukan? Tidak sanggup rasanya hidup tanpa dia disisi.




Bodohkah aku jika aku bergaduh dengan perempuan lain kernanya?  Adakah ini bermakna aku pentingkan diri sendiri? Dan aku seorang yang terhegeh-hegeh dalam meraih cintanya. Malunya aku. Tapi, aku terlalu mencintainya. Tiga tahun aku memendam rasa cinta kepadanya dan setelah aku mendapatkannya, takkan aku nak lepaskan dia begitu saja? Walau ternyata aku punca segalanya. Keluar dengan lelaki lain adakah itu tidak menyakitkan hati sang kekasih? Maafkan aku sayang. Tapi, aku memberitahumu. Aku jujur dalam setiap lakuku. Tapi, kamu tidak! Kamu bersayang-sayang dengan perempuan lain. BerSMS setiap hari on call setiap malam. YaAllah...




Aku bukan seorang yang egois tetapi aku inginnya. Aku rela meninggalkan kawan-kawanku kerananya. Aku ikhlas lakukan itu semua. Apakah aku perlu lepasnya jika ternyata dia semenangnya tidak sudi bersamaku? Adakah aku akan senyum jika dia bersama yang lain? Aku tidak mahu mengalirkan air mata perpisahan, air mata kehancuran hubungan ini. Aku tidak dapat membayangkan jika itu terjadi. Bagaimana nanti aku hendak terima kenyataan? Ibarat seperti menelan kaca. Bukan setakat sakit tapi perit sekali beserta dengan luka-luka darah melihatnya senyum dengan orang lain. Mungkin ada yang kata lepaskan jika bahagia. Cinta tidak seharusnya memiliki.  Tapi, perit untuk aku menghadapinya. Kumbang bukan seekor. Tapi kumbang itu yang aku mahu. 




Cinta itu sememangnya buta. Kerana cinta ada yang sanggup membunuh diri. Kerana cinta jua ada yang sanggup berdendam. Dan cinta juga menyebabkan satu tekanan yang kuat bagai terpaksa meletakkan batu besar diatas kepala dan berjalan dengan batu itu selama-lamanya. Bukankah itu sangat memberi tekanan dan aplikasi kepada kita?





Adakah aku tidak cukup bagus untukmu sayang. Kamu baru saja mengenalinya. Aku sudah lama mengenalimu. Aku yang ada saat kamu susah, senang, sedih, kecewa dan sebagainya. Aku ada saat itu semua. Aku sudah biasa.
Masihkan kamu inginkan perempuan itu?? Jujurlah dalam setiap perbuatanmu. Ingatlah sayang, perempuan seorang yang mudah cair akan kata-kata manis lelaki. Dan aku tahu sekarang dia juga sedang menyayangimu sepertimana perasaanku menyatakan kamu menyayanginya walau kamu nafikannya. Aku tahu bagaimana kalau kamu menipuku. Aku dapat rasakan. Jadi, apa yang harus aku lakukan? Adakah kamu ingin aku melepaskanmu? Doaku setiap hari jika kamu bukan jodohku maka aku meminta supaya hilangkan perasaan ini tetapi aku tidak boleh hilangkan walau sebesar kuman. Bagitahulah aku apa yang harus aku lakukan..




xoxo : cik PELANGI283

Jumaat, 22 November 2013

kalau orang tanya, aku tak tahu nak jawab apa.

22 NOVEMBER


Bismillah....
Assalamualaikum...





Kalau orang tanya, aku tak tahu nak jawab apa. 
Mungkin sesetengah memahami melalui aspek lain dan mungkin sesetengah lagi melalui pemikiran yang lain tentang kalau orang tanya, aku tak tahu nak jawab apa..





Mungkin apa yang kau rasa tidak sama dengan aku rasa. Aku mencintaimu dengan seluruh jiwa dan ragaku. Tiada sedikit pembohongan dalam cintaku padamu. Tetapi, sekarang sudah berubah. Tiada lagi ketawa. Tiada lagi rindu. Tiada lagi kasih. Tiada lagi cinta. Tiada dan tiada segalanya. Kini, semuanya hancur berkecai kerana kebodohanku. Kebodohanku yang amatlah dibenci oleh semua pasangan masing-masing jika berada di tempatku. Sudah dua kali dia memberi peluang kepada tapi aku ego. Aku fikir dia akan bertahan dan bersabar denganku lagi kerana dia mencintaku..
Tapi, anggapan aku itu salah. Hatinya sudah tertutup. Hati sudah menjadi batu buat insan bodoh sepertiku ini. Semuanya sudah berubah sekarang. Sudah berubah. Nasi sudah menjadi bubur. Kaki telah tersadung. Tubuh sudah rebah.





Dia sekarang sudah tidak dapat menerimaku. Tidak dapat mencintaiku kembali. Kurayu kumohon kupinta kunangis. Semua itu tidak memberi makna kepadanya. Memang patut dia buat begitu. Itu kerana kebodohanku. Aku tidak menyalahkan dia. Aku salahkan diri aku kerana aku memang bersalah dalam hubungan ini. Aku curangi dia. Aku khianatinya yang mencintaiku, yang bersabar denganku, bertahan dengan aku. Aku bodoh kerana tidak memanfaatkannya. 




Penyesalanku sudah tiada berguna. Dia sudah tidak dapat menerimaku. Puas kupujuk puas kurayu puas kuberlembut. Dia tetap sudah tidak dapat menerimaku. Dia terlalu banyak kecewa. Terlalu banyak menahan duka. Aku yang selalu menyakitinya. Aku yang selalu buat hal. Bodohkan aku? Memang bodoh sekali. 




Saat dia mencintaku, aku yang khianatinya. Kini, saat kusesali perbuatanku, aku ingin kembali padanya tetapi, dia sudah tidak dapat menerimaku. Hatinya sudah terkunci. Tiada berlembut. Tiada senyuman. Benar sekali dia sudah tidak perlukan aku. Dia tidak perlukan aku menjadi si penghiburnya. Mungkin dia sudah temukan yang lain. Jujur aku cemburu dan marah tetapi aku yang buat dia jadi begitu. Apalah hak aku apalah dayaku untuk melarang dia. Aku tidak salahkannya jika mencari perempuan lain kerana hatinya sudah tertutup untukku. Dia sudah bebas untuk buat apa yang dia suka dan ingin.




Sekarang kami sudah tidak bersama. Aku sangat rindukan dia. Aku sangat inginkan dia memelukku, menciumku tetapi itu hanyalah khayalanku. Aku tahu semua itu tidak mungkin akan terjadi selepas ini. Dia sudah membawa diri. Aku juga ingin membawa diri tetapi semakin aku cuba semakin aku tidak boleh terus. Semakin aku teringatkannya. Semakin membuak rindu ini. Hatiku masih inginkannya. Aku tidak boleh mencari yang lain. Aku mencintanya. Aku menyayanginya. 




Ramai yang tahu hubungan kami dab ramai yang inginkan kami bahagia selama-lamanya. Tapi, jika ada yang tanya, apa yang aku hendak jawab?? Aku tahu ramai yang akan kecewa dengan perpisahan kami. Ramai yang tidak menyangka kerana selama ini kami pandai menyembunyikan masalah kami. Semua fikir kami sangat bahagia. Ternyata semua inginkan kami bahagia bersama..
Oleh kerana kebodohanku, ia memakan diriku. Segalanya sudah terlambat. Aku tidak malu terhegeh-hegeh. Juga tidak segan mengajaknya menjadi pasanganku semula. Namun dia tetap dengan keputusannya. Dia sudah tidak dapat menerimaku. Dia sudah tidak lagi inginkanku. Sudah terlambat! Sudah terlambat!!!




Aku khilaf dalam hidupku. Aku alpa dengan kehidupanku. Aku lalai. Aku ego. Aku sombong. Aku bodoh! Aku punca ini terjadi.
Dia hindarkan diri dariku. Dia tidak sms aku. Pun tidak call aku. Aku tidak kuat dan aku hanya boleh menangis. Menangis kerana menyesali kebodohanku..



Aku akan tetap menunggunya. Aku akan tarik dia kembali dalam hidupku, insyaAllah. Aku akan pujuk dia menerimaku balik. Dan yang pasti aku akan menunggunya kecuali dia sudah menjadi milik orang lain yang sah!!!!